PANDUAN BIDANG TUGAS PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 1. FROG VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT · Memastikan penglibatan warga sekolah dan ibu bapa mengakseskan internet secara aktif bermanfaat · Mengemaskini program dan aktiviti yang akan dilancarkan/diadakan di sekolah dari semasa ke semasa 2. UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING · Menyediakan rancangan tahunan dan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling · Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling melalui soal selidik, temubual dan berbincangan · Merancang,melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesion dan beretika · Merancang, melaksana dan mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, merokok dan alcohol · Menjadikan urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling · Menjadikan personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan 3. PENCATAT MINIT MESYUARAT GURU · Menyediakan agenda/surat panggilan mesyuarat · Mencatat minit mesyuarat setiap kali mesyuarat guru · Menyimpan semua minit mesyuarat dalam fail di pejabat 4. PAMERAN DAN GALERI · Mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan dari semasa ke semasa · Mengumpul bahan-bahan/hasil karya murid yang sesuai untuk dipamerkan · Mengumpul dan mempamerkan keputusan peperiksaan cemerlang murid dari semasa ke semasa 5. PENGURUSAN ASET ALIH · Merekodkan penerimaan/pembelian dalam Kad Harta Modal, Kad Inventori dan Buku Bekalan Pejabat · Menguruskan semua urusan pelupusan/hapus kira mengikut peraturan · Mengenalpasti keperluan perabot/peralatan · Memastikan sistem inventori dilaksanakan · Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan dan akhir tahun · Mengurus semua harta modal termasuk membaiki dan menyelenggara bila perlu · Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat 6. PENILAIAN BERSEPADU PENGAWAI PERKHIDMATAN ENDIDIKAN(PBPPP) · Memastikan segala prosedur prapelaksanaan, semasa pelaksanaan dan pasca pelaksanaan dilaksanakan dengan sempurna dan menikut pihak PPD/JPN/KPM 7. BULETIN MAJALAH SEKOLAH · Membentuk biro tugas-tugas khas · Menentukan dasar mengenai percetakan, kandungan dll · Menentukan mutu dan bentuk majalah · Merancang jadual kerja · Menguruskan surat-menyurat serta kata-kata aluan · Mengumpul,menilai dan memilih jenis sumbangan kreatif guru dan pelajar · Mengurus penghantaran bahan cetakan kepada pihak pencetak, menyemak kandungannya dari segi format, bahasa dan isi 8. MAKLUMAT ELEKTRONIK DAN MULTIMEDIA · Menyediakan dokumentasi bagi semua maklumat sekolah dan pencapaian dalam semua bidang · Menyediakan persembahan multimedia dan menyimpan gambar aktiviti sekolah · Memastikan peralatan multimedia dijaga dengan rapi dan selamat · Memastikan semua maklumat elektronik dikemaskini dari semasa ke semasa dan dihantar kepada pihak PPD/JPN/KPM mengikut ketetapan 9. WEBPAGE SEKOLAH · Menyampaikan maklumat untuk tindakan warga sekolah seperti menghantar notis ringkas/kecemasan sekolah melalui sms kepada pihak berkenaan · Mengemaskini program dan aktiviti yang akan dilancarkan/diadakan di sekolah dari semasa ke semasa 10. APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) · Memastikan semua maklumat elektronik dikemaskini dari semasa ke semasa dan dihantar kepada pihak PPD/JPN/KPM mengikut ketetapan 11. MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) · Memastikan masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan · Memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif · Memastikan P&P dapat dijalankan seperti yang dirancang secara berkesan 12. MAKLUMAT ICT · Menyediakan dokumentasi bagi semua maklumat ICT sekolah · Memastikan peralatan ICT diaga dengan rapi dan selamat PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH 教师服务指南 1. Arahan Am 1.1 Selaku pengawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2 Guru dn staf sokongan sekolah dinasihatikan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan atau mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 1.5 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.6 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.7 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.8 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab kita dengan rajin dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 1.9 Sentiasa mengawasi diri kita agar tidak mencemarkan nama baik profesionalisme perguruan. 1.10 Guru dilarang menggunakan loghat di sekolah. 2. Kehadiran Bertugas 2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum belajar dan waktu menjalankan tugas harian. (Projek Bacaan Pagi bermula pada 7.15 pagi, dan loceng pertama akan dibunyikan pada 7.40 pagi). Mesti menandatangani Buku Kehadiran dan “thumb in” semasa sampai dan “thumb-out” sewaktu balik. 2.3 Guru-guru dikehendaki masuk ke kelas tepat pada masa dan dilarang meninggalkan murid-murid dalam kelas tanpa pengawasan guru. 2.4 Guru yang tidak dapat hadiratau kelewatan kerana kecemasan hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin. 2.5 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. Sekiranya hendak meninggalkan sekolah lebih awal kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan mesti mendapat kebenaran Guru Besar. 3. Keluar Semasa Waktu Mengajar 3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu mengajar kecuali kecemasan atau arahan dari Jabatan Pelajaran atau Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar. 3.2 Guru dikehendaki mengisi buku kebenaran keluar dan mesti mendapatkan tandatangan Guru Besar sebelum keluar. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah,guru diminta memberi kerja bertulis kepada murid-murid. 4. Bercuti 4.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember,1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal untuk menggantikan cuti rehat. Menurut Perintah Am Bab C 49-51:Guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 4.2 Cuti Sakit(Perintah Am Bab C:15-17) · Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 2 hari berturut-turut. · Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. · Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau berputus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji. 4.3 Cuti Tanpa Gaji(Perintah Am Bab C:12-14) · Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. · Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. · Kelayakan Cuti Tanpa gaji ialah 30 hari bagi tip-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari. · Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. · Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 4.4 Cuti Rehat Khas · Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. · Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun. 4.5 Cuti Keluar Negeri · Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan Jabatan. Mengisi boring permohonan selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 5. Pakaian 5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas,sesuai dengan profesion keguruan. 5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 5.3 Guru lelaki digalakkan memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang. 5.4 Semua guru mesti pakai baju batik pada setiap hari Khamis. 5.5 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. · Guru perempuan-seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa ketat. · Guru lelaki-seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa ketat. 6. Perhubungan Sesama Guru 6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau menyalurkan pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan yang negatif kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 7. Bilik Guru 7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda dalam bilik guru. 7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai “non-teaching period” dan bukannya “free period”. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 7.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 8. Perjawatan dan Pengajaran 8.1 Semua guru diwajibkan menggantikan kelas guru yang mengambil cuti secara bergilir-gilir tanpa bantahan. 8.2 Guru yang menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan boleh berurusan dengan Guru Besar atau Pembantu Tadbir. 8.3 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan dengan Guru Besar, Penolong Kanan atau Ketua Panitia. 9. Tugas 9.1 Guru-guru yang dipertanggungjawabkan dalam bidang kurikulum, Hal Ehwal Murid, kokurikulum dan pentadbiran, mesti dilaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, cekap dan amanah. 9.2 Guru yang diarahkan melaksanakan tugas rasmi di luar pejabat/sekolah, tidak boleh diwakili oleh guru lain tanpa kebenaran Guru Besar. 10. Buku Ringkasan Mengajar 10.1 Guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Buku Ringkasan Mengajar yang diberikan. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. BRM hendaklah dihantar ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan. 10.2 BRM tidak dibenarkan dibawa pulang ke rumah, Persediaan mengajar harian seterusnya disiapkan di sekolah sehari sebelum pengajaran. Sekiranya bercuti atau mengahdiri mesyuarat/kursus, BRM hendaklah dilengkapkan dengan RPH dan diserahkan kepada Penolong Kanan. 10.3 BRM hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan. 11. Jadual Waktu 11.1 Guru Kelas hendaklah mempamerkan jadual waktu kelas yang telah disahkan oleh Guru Besar dalam bilik darjah. 11.2 Guru tidak dibenarkan sama sekali mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 12. Jadual Kedatangan Murid 12.1 Setiap guru kelas bertanggungjawab penuh kepada Buku Kedatangan Kelas masing-masing. Maklumat-maklumat murid mesti diisi dengan kemas, teliti dan tepat. Maklumat perhubungan mesti sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. 12.2 Guru tidak dibenarkan sama sekali untuk membuat pindaan kandungan Buku Kedatangan dengan “liquid paper” atau dipadamkan. Maklumat yang silap hanya boleh dipotong dan ditandatangan ringkas oleh Guru Kelas yang berkenaan. 12.3 Segala maklumat mesti ditulis dengan tangan. Maklumat yang dicetak dengan komputer atau ditaip adalah tidak dibenarkan. 12.4 Guru Kelas mesti mengambil kedatangan murid dan buat catatan pada buku harian sekolah dan SPS sebelum 9.00 pagi. Murid-murid tidak dibenarkan menanda kedatangan dalam buku kedatangan bagi pihak guru. Sekiranya Guru Kelas tidak hadir, Guru Bertugas Harian bertanggungjawab untuk menanda kedatangan bagi kelas yang berkenaan. 12.5 Buku Kedatangan mesti sentiasa diletak dalam tempat yang ditetapkan dalam bilik pejabat. Ianya mesti dipulangkan ke pejabat sebelum 9.00 pagi. 12.6 Murid-murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu tanpa memohon cuti, ibu bapa atau penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. 12.7 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan disemak oleh Guru Besar. 12.8 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Kedatangan Murid. 13. Keselamatan Harta Benda Sekolah 13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa untuk pengetahuan dan tindakan pihak sekolah. 13.2 Ketua-ketua panitia/ketua Penyelaras Bidang tertentu seharusnya peka atas peraturan-peraturan atas penggunaan peralatan dalam bilik-bilik tertentu seperti Bilik KH, bilik Muzik, Bilik Sains dan sebagainya. 14. Kebersihan 14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas.Alatan membersihkan bilik darjah mesti digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 14.2 Ketua Panitia/Ketua Penyelaras Bidang bertanggungjawab atas kebersihan bilik-bilik khas di bawah jagaan mereka. 14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah. 15. Surat yang diterima 15.1 Guru mesti mengambil tindakan segera terhadap surat-surat rasmi yang diminitkan kepadanya. 15.2 Semasa tindakan diambil, maklumat yang diperlukan mesti diisi dengan tepat, kemas dan tanpa sebarang kesilapan. Semua maklumat mesti dibuat dengan menggunakan komputer atau ditaip dengan mesin taip elektrik. Dilarang ditulis dengan tangan. 15.3 Surat yang diedarkan bersama fail rasmi untuk tindakan mesti dibaca dengan teliti dan diambil tindakan. Fail tersebut tidak boleh disimpan lebih daripada 2 hari. Mesti tandatangan dalam daftar pengedaran fail sebagai bukti pengambilan dan pemulangan fail. 15.4 Guru atau staf yang berkenaan bertanggungjawab untuk menyemak dengan teliti surat atau borang yang telah diambil tindakan untuk memastikan tanpa sebarang kesilapan sebelum dihantar kepada Guru Besar untuk pengesahan. 16. Berurusan di Pejabat Pelajaran · Guru tidak dibenarkan menguruskan hal peribadi di Jabatan pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah tanpa pengetahuan Guru Besar. 17. Pelawat 17.1 Semua pelawat DIWAJIBKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan guru-guru atau staf sekolah. Guru tidak dibenarkan berjumpa dengan wakil-wakil syarikat atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru besar. 18. Pembelian Barang 18.1 Ketua Panitia atau guru yang hendak membeli barang atau peralatan untuk bidang mereka,mesti membuat perancangan awal. Mesti memohon pembelian dengan menggunakan Nota Minda yang boleh diperoleh di pejabat. 18.2 Pengesahan pembelian diperlukan daripada Ketua Panitia/Penolong Kanan sebelum kelulusan Guru Besar. 18.3 Semua pesanan mesti dibuat oleh ketua panitia/guru yang berkenaan dan direkodkan dalam daftar stok yang berkenaan. 19. Kegiatan Kokurikulum 19.1 Semua guru boleh ditugaskan sebagai penasihat kegiatan kokurikulum. 19.2 Semua guru penasihat mesti menjalankan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi. 20. Perhimpunan Sekolah 20.1 Semua guru DIWAJIBKAN menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang telah ditetapkan. 20.2 Guru kelas hendaklah mengawal disiplin murid-murid pada setiap kali perhimpunan diadakan, guru mata pelajaran juga turut bersama mengawal disiplin keseluruhan sekolah. 21. Mesyuarat Guru 21.1 Semua guru DIWAJIBKAN menghadiri kesemua mesyuarat guru. 22. Stok Inventori/Harta Modal 22.1 Penolong Kanan, JK Aset sekolah dan Ketua Panitia bertanggungjawab terhadap stok sekolah dan memastikan semua aset yang diterima direkod dalam daftar stok dengan tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. 22.2 No. siri stok mesti dilabel/ditulis atas peralatan yang diterima. 23. Tanda nama 23.1 Semua guru dan staf sekolah diwajib memakai tanda nama rasmi pada hari persekolahan, waktu kerja, majlis rasmi di dalam dan di luar sekolah. 24. Keahlian Kelab Guru/PIBG 24.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. 24.2 Kadar yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 25. Penggunaan Alat-alat 25.1 Penggunaan alat sekolah mesti mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 25.2 Mesti mendapat kebenaran Ketua-ketua Panitia/Penolong Kanan. 25.3 Bertanggungjawab menjaga peralatan yang dipinjam dan memulangkan dengan keadaan yang baik dan diletakkan ke tempat asal. 25.4 Segala pinjaman mesti direkod. Bahan Bantu Mengajar hendaklah disimpan dengan baik dan teratur selepas digunakan. 25.5 Sekiranya berlaku kerosakan mesti dilaporkan dengan serta-merta. 26. Arahan dan Pekeliling 26.1 Setiap arahan bertulis dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membaca. 27. Telefon 27.1 Penggunaan telefon hanya untuk urusan rasmi sahaja. 27.2 Guru/staf sekolah tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit pada waktu sekolah/waktu kerja terutama sedang menjalankan tugas/semasa bekerja. 27.3 Guru-guru dikehendaki elak menggunakan telefon bimbit di depan murid. 27.4 Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa menjalankan P&P dalam kelas. 27.5 Dilarang SMS dan salah guna telefon bimbit dalam waktu pejabat. 28. Kunci 28.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. 28.2 Semua guru dan staf sekolah mesti tandatangan di buku rekod pengedaran kunci semasa mengeluarkan dan memulangkan kunci. 28.3 Pengeluaran kunci mesti mellalui pejabat dan direkod. 28.4 Murid-murid dilarang meminta kunci bagi pihak guru. 28.5 Sekiranya guru yang berkenaan hendak menyimpan kunci untuk bilik-bilik tertentu, mesti mendapat kebenaran Guru Besar dan direkod serta ditandatangani sebagai pengesahan memegang kunci dalam Rekod Daftar Kunci. 29. Upacara dan Majlis Sekolah 29.1 Semua guru DIWAJIBKAN menghadiri semua majlis atau upacara rasmi sekolah. SENARAI TUGAS GURU: A. GURU BERTUGAS MINGGUAN/HARIAN 监护老师职务表 TUGAS AM 1. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru atau mata pelajaran. 2. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang. 3. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah. 4. Mencatat kegiatan-kegitan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah. 5. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah: 5.1 kedatangan murid, guru dan staf sokongan 5.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit 5.3 lawatan-lawatan/pelawat 5.4 ucapan/pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan 5.5 laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan 6. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dpat diambil. PERHIMPUNAN MINGGUAN 周会 1. Mengenalpasti pengawas yang bertugas semasa perhimpunan rasmi. 2. Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan. 3. Memastikan peralatan seperti pembesar suara, kerusi guru, rostrum dan peralatan lain disediakan dan berada dalam keadaan baik serta mencukupi sebelum perhimpunan bermula. 4. Mengawal disiplin pelajar semasa berada di dewan sebelum perhimpunan bermula dan semasa perhimpunan. 5. Memastikan murid telah beratur dengan kemas. 6. Mengendalikan perhimpunan rasmi dengan bantuan pengawas bertugas. 7. Menyampaikan maklumat kepada pelajar semasa perhimpunan. 8. Menulis laporan di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan dan menyerahkan buku tersebut kepada Guru Besar pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani. PERHIMPUNAN HARIAN 每日集会 1. Mengawal disiplin pelajar semasa berada di dewan/gelanggang sebelum perhimpunan bermula dan semasa perhimpunan. 2. Mengendalikan perhimpunan rasmi dengan bantuan pengawas bertugas. 3. Menyampaikan maklumat kepada pelajar semasa perhimpunan. DISIPLIN 纪律 1. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu. 2. Memantau pergerakan pelajar semasa datang dan balik. 3. Bekerjasama dengan guru-guru disiplin dalam menangani masalah disiplin. 4. Memantau blok bangunan tertentu, kantin dan dewan serta gelanggang semasa waktu rehat. 5. Mengurus pelajar yang sakit dengan: 5.1 Mengisi borang kebenaran keluar sekolah. 5.2 Menghubungi ibu bapa atau penjaga pelajar untuk membawa anak mereka balik atau ke klinik/hospital. 5.3 Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ke klinik sekiranya keadaan amat mendesak, sementara itu menghubungi ibu bapa/penjaga ke hospital/klinik. 6. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon. KANTIN 食堂 1. Memastikan disiplin pelajar terkawal semasa rehat. 2. Memastikan kebersihan kantin dan makanan yang disediakan. 3. Memastikan pelajar beratur untuk membeli makanan dan tidak berebut-rebut. 4. Memastikan pelajar makan hanya dalam kawasan kantin dan duduk dengan baik semasa makan. 5. Memastikan pelajar meletakkan piring, gelas dan sudut dalam bekas yang disediakan. KEBERSIHAN 整洁 1. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang/tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan. 2. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, dapur RMT, bilik-bilik khas dam kawasan sekolah. B. GURU KELAS 级任老师 1. PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS 课室管理 Keceriaan dan Kebersihan dsb. 1.1 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas: (a) Jadual Waktu (b) Jadual Bertugas (c) Motto Kelas (d) Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi (e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan penceduk sampah (f) Papan tulis,kapur,papan kenyataan,almari dll keperluan bilik darjah mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur 1.2 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan. 1.3 Membimbing organisasi kelas/murid yang dilantik menjalankan tugas. 2. JADUAL KEDATANGAN DAN KEDATANGAN MURID 学生出席簿 2.1 Menandakan Jadual Kedatangan Harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan Buku Daftar Kedatangan Murid di pejabat. 2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar Kedatangan Murid ditulis dengan lengakap. 2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas. 3. LAPORAN/REKOD PROFIL/KEMAJUAN MURID, SIJIL BERHENTI, SURAT AKAUN, BUKU REKOD KESIHATAN, REKOD PERGIGIAN DAN BORANG SMM 学生记录 3.1 Memastikan setiap murid mempunyai (a) Rekod profil/Kemajuan Murid (b) Borang SMM (c) Kad Kesihatan (d) Kad Pergigian (e) Buku Nilam 4. KUTIPAN YURAN DAN DERMA 收费 4.1 Mengutipkan yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan murid membayar kesemua yuran sekali gus. 4.2 Mengutip derma PIBG. 4.3 Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat. 4.4 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan Insuran Takaful dan lain-lain derma kepada Guru Besar. 4.5 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG. 5. BUKU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 贷书 5.1 Mengagihkan Borang SPBT 1 bagi mengenalpasti murid yang layak mendapat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). 5.2 Memastikan SPBT diagih kepada murid yang layak an memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dijaga dengan baik serta ditulis nama murid. 5.3 Mengemaskini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian atau mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa. 5.4 Memungut kembali SPBT pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak mengembalikan/memulangkan atau merosak dan menghilangkan SPBT pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT. 5.5 Mengenalpasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan. 6. PENDAFTARAN MURID BARU 新生报到 6.1 Menerima kemasukan murid baru. 6.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan mendapatkan Nombor Pendaftaran Murid dari Buku Kemasukan Murid daripada Penolong Kanan HEM. 6.3 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan. 6.4 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan murid ini dapat buku teks. 6.5 Menentukan penerimaan Kad Kemajuan/Buku Rekod Profil, Borang SMM, Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang diperlukan dari sekolah yang terdahulu. 6.6 Menentukan rumah sukan. 7. MURID KELUAR 学生转校 7.1 Menentukan Kad Kemajuan/Rekod Profil, Borang SMM telah kemaskini dan diserahkan kepada murid. 7.2 Menentukan Kad Kesihatan, Kad pergigian dan lain-lain dokumen yang berkaitan diserahkan kepada murid. 7.3 Menentukan buku teks (SPBT) telah dipulangkan. 7.4 Menentukan semua jenis bayaran seperti yuran dsb telah selesai dibayar. C. GURU-GURU MATA PELAJARAN 科任 1. Mengajar dengan penuh dedikasi 2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran berfokus-individu (Cemerlang/Sederhana/GALUS), subjek dan kemahiran. 3. Memastikan Guru Mengajar, Murid Belajar. 4. Semak dan pulangkan buku-buku kerja murid dengan secepat mungkin. 5. Tidak dibenarkan menyemak buku-buku kerja yang tidak berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dalam kelas. 6. Tidak dibenarkan mengajar mata pelajaran selain daripada apa yang telah ditetapkan dalam jadual waktu. 7. Disiplin murid dalam kelas sekolah harus sentiasa ditegaskan. 8. Pastikan bilik-bilik darjah sentiasa dalam keadaan yang bersih dan kemas. 9. Bertanggungjawab penuh terhadap kehadiran, keselamatan dan disiplin murid dalam kelas. 10.Dilarang meninggalkan kelas tanpa pengawasan guru. DASAR KURIKULUM SEKOLAH SJK(C) SAM CHAI, IPOH 1. Memastikan semua Dasar Kurikulum Sekolah selari dengan dasar PPD/JPN/KPM dan Akta Pendidikan Negara. 2. Menyampaikan maklumat terkini mengenai pendidikan/kurikulum kepada guru. 3. Mengendalikan mesyuarat jawatankuasa kurikulum dan mesyuarat Panitia sekolah (minimum 4 kali setahun). 4. Memastikan pengagihan kelas murid mengikut waran perjawatan yang diluluskan oleh JPN. 5. Memastikan Sukatan Pelajaran terkini berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas terkini digunakan dan Rancangan Pelajaran Tahunan terkini disediakan untuk digunakan mulai hari pertama persekolahan penggal 1. 6. Memastikan soalan-soalan ujian dan peperiksaan mengikut format yang terkini. 7. Memastikan Jadual Waktu sekolah dan perunyukan masa bagi mata pelajaran berdasarkan surat pekeliling ikhtisas terkini. 8. Memastikan sistem penilaian dan peperiksaan dalaman selari dengan panduan pentaksiran terkini yang ditetapkan oleh KPM. 9. Memastikan program peningkatan akademik dijalankan secara terancang untuk meningkatkan pencapaian murid. 10. Memastikan semua Program Akademik (seperti berikut) dijalankan mengikut arahan KPM/JPN/PPD: · PLBS/KSSR/PBS · MBMMBI · LINUS · KPBM · PEKA · PAFA · NILAM · PECUT UPSR · TOV&HEAD COUNT · BIMBINGAN BERFOKUS · KELAS TAMBAHAN · TUISYEN GEMILANG (JIKA ADA) 11.Memastikan pemantauan akademik diadakan dan diubahsuai mengikut keperluan. 12.Memastikan sistem fail panitia yang sentiasa dikemaskini mengikut format yang ditetapkan. |